Input your search keywords and press Enter.

Mangsa Banjir Di Kelantan Berkurangan

M Update, 5/12/2019 – Mangsa banjir di Kelantan berkurangan kepada 11,386 orang sehingga jam 9 pagi ini.

Kesemua mereka membabitkan 4,427 keluarga ditempatkan di 30 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah iaitu Tumpat, Pasir Mas, Pasir Puteh, dan Kuala Krai.

Berdasarkan aplikasi info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), menunjukkan mangsa banjir di Pasir Mas juga sedikit menurun kepada 8,067 orang daripada 3,273 keluarga di 19 PPS.

Tumpat pula seramai 3,183 orang daripada 1,120 keluarga di tujuh PPS.

Pasir Puteh pula mencatatkan seramai 80 mangsa daripada 15 keluarga di dua PPS dan Kuala Krai hanya tinggal 56 orang daripada 19 keluarga di dua PPS.

Sementara itu, Sungai Golok di Rantau Panjang masih berada di paras bahaya namun semakin menurun iaitu 10.05 meter berbanding 10.23 meter semalam.

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply