Input your search keywords and press Enter.

Jumanji Kalahkan Frozen II

M Update, 16/12/2019 – Jumanji: The Next Level berjaya mengalahkan Frozen II bagi kutipan pecah panggung di Amerika Utara minggu ini, dengan meraih kira-kira AS$60.1 juta (RM248.8 juta) pada hari pertama tayangan, kata pemantau industri Exhibitor Relations, semalam.

Sekuel Jumanji yang dibintangi Jack Black, Dwayne Johnson dan Kevin Hart itu mengisahkan sekumpulan sahabat baik yang kembali ke dunia berbahaya tetapi lebih menarik menerusi permainan Jumanji.

Frozen II membawa penonton kembali ke Arendelle dan merentasi dunia animasi ajaib Ratu Elsa dan adiknya Puteri Anna mengutip kira-kira AS$19.2 juta (RM79.5 juta) selama tiga hari tayangan dari Jumaat hingga Ahad.

Di tempat ketiga filem Knives Out lakonan Daniel Craig yang perlu menyelesaikan misteri pembunuhan seorang individu kaya, dengan kutipan berjumlah AS$9.3 juta (RM38.5 juta)

Tangga keempat dibolot filem Richard Jewell arahan Clint Eastwood, mengisahkan seorang pengawal keselamatan dituduh terbabit dalam pengeboman Sukan Olimpik 1996 di Atlanta, berjaya mengutip hanya AS$5 juta (RM20.7 juta).

Leave a Reply