Input your search keywords and press Enter.

Jangan jual atau amik Nan Bao

M Update, 12/2/2019 – KEMENTERIAN Kesihatan menggesa orang ramai supaya tidak membeli dan menggunakan produk tradisional Nan Bao (kapsul) kerana dikesan mengandungi racun berjadual, sildenafil.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) mengesahkan produk berkenaan sudah dibatalkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) pada mesyuaratnya yang ke-331, baru-baru ini.

“PKBD mendapati produk berkenaan mengandungi sildenafil yang mana ia tidak dibenarkan dalam formulasi produk tradisional. Sildenafil adalah sejenis ubat yang digunakan untuk merawat kegagalan fungsi erektil atau mati pucuk. Ubat yang mengandungi sidenafil hanya boleh dibekalkan oleh doktor atau diperoleh dari farmasi dengan preskripsi doktor.

“Penggunaan sildenafil tanpa pengawasan doktor boleh menyebabkan kesan advers serius seperti pengurangan atau kehilangan penglihatan dan pendengaran, penurunan tekanan darah mendadak sehingga ke peringkat merbahaya dan kesan terhadap sistem kardiovaskular seperti strok dan serangan jantung,” katanya dalam kenyataan, di Putrajaya, hari ini.

Katanya, sildenafil dan analognya adalah tidak dibenarkan dalam ubat yang dikelaskan sebagai ubat tradisional dan ia sangat berbahaya bagi orang awam kerana berisiko khususnya kepada pesakit bermasalah jantung.

Dr Noor Hisham berkata, penjual dan pengedar produk ini perlu menghentikan penjualan dan pengedarannya dengan serta-merta. Menurutnya, sebarang penjualan dan pengedaran produk ini tidak dibenarkan kerana ia melanggar Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya. Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya,” katanya.

Sumber : HM Online

Leave a Reply