Input your search keywords and press Enter.

TNB Naik Taraf Pencawang Elektrik Elak Ditenggelami Banjir

M Update, 16/12/2019 – Sebanyak lima belas pencawang elektrik yang berisiko ditenggelami banjir akan dinaik taraf untuk kemudahan serta keselamatan orang ramai.

Ia melibatkan pencawang elektrik di bahagian utara Terengganu seperti di Setiu dan Besut yang akan dilaksanakan satu persatu.

Selepas banjir besar pada 2014, TNB telah membelanjakan sebanyak RM200,000 untuk melaksanakan kerja-kerja menaik taraf 60 pencawang elektrik di daerah Besut dan Kemaman.

Jadi fasa kedua melibatkan lima belas pencawang ini juga kita akan naik taraf untuk elak ditenggelami air sekali gus menjejaskan bekalan kepada pengguna – Ketua Perkhidmatan Pelanggan, Bahagian Retail Tenaga Nasional Berhad (TNB) Terengganu, Mohd Nazri Puteh

Terdapat sebanyak 2,400 pencawang elektrik di seluruh negeri dan pihaknya sentiasa menjalankan penelitian dari semasa ke semasa untuk melihat sekiranya terdapat keperluan untuk menaik taraf kemudahan tersebut di mana-mana lokasi.

TNB juga telah menjalankan persiapan dari segi tenaga kerja, kelengkapan dan peralatan bagi menghadapi banjir gelombang keempat yang diramal berlaku pada 25 hingga 26 Disember ini.

Sumber : Bernama

Leave a Reply