Input your search keywords and press Enter.

Banjir 4 Negeri: Jumlah Mangsa Meningkat Kepada 10,652 Orang

M Update, 17/12/2019 – Jumlah mangsa banjir dipindahkan di empat negeri terjejas meningkat kepada 10,652 orang, dengan keseluruhannya 105 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) diaktifkan sehingga kini.

Berdasarkan laporan dikeluarkan Sekretariat Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Johor adalah negeri paling terjejas apabila mencatatkan jumlah mangsa terbesar iaitu seramai 8,527 orang sehingga jam 12 tengah malam tadi.

Sebanyak 90 PPS diaktifkan di lapan daerah yang terjejas di negeri berkenaan iaitu di Kota Tinggi, Mersing, Kluang, Segamat, Kulai, Batu Pahat, Johor Bahru dan Pontian.

“Sebahagian besar daerah yang terjejas menunjukkan peningkatan terhadap jumlah mangsa terjejas hanya di Kota Tinggi dilaporkan jumlah mangsa semakin menurun.

Sementara itu, Pahang menjadi negeri kedua terjejas apabila mengaktifkan sebanyak 12 PPS bagi menempatkan seramai 1,211 mangsa daripada 343 keluarga di tiga daerah iaitu Rompin, Temerloh dan Raub,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan, di sini.

Sabah dan Sarawak juga masing-masing dilaporkan mengaktifkan satu PPS di Marudi dan Kudat membabitkan keseluruhan 864 mangsa dipindahkan sehingga malam tadi. Selain itu, terdapat juga satu bencana tanah runtuh di laporkan berlaku di Sri Aman, Sarawak sehingga menyebabkan 50 mangsa terjejas dan terpaksa dipindakan di satu PPS di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Melugu.

Sementara itu, dua sungai di Johor turut mencatatkan bacaan pada paras bahaya iaitu di Sungai Muar di Kampung Awat, Segamat dan Sungai Lenik di Ladang Chaah, Segamat. Selain itu, Kolam Air di Empangan Machap, Keluang, Johor dan Sungai Kinabatangan di Barek Manis Kinabatangan, Sabah menunjukkan bacaan di paras amaran,” katanya. – BH Online

Leave a Reply