Input your search keywords and press Enter.

Doktor Malaysia Reka Tudung Pakai Buang Pertama Di UK

Farah Roslan mendapat idea ketika menjalani latihan sebagai pelajar Perubatan di Hospital Royal Derby Badan Amanah Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) Burton.

M Update, 19/12/2019 – Sebuah badan pentadbiran hospital bakal memperkenalkan tudung pakai buang pertama di United Kingdom (UK) yang dihasilkan seorang doktor muda dari Malaysia.

BBC melaporkan, doktor terbabit, Farah Roslan mendapat idea ketika menjalani latihan sebagai pelajar perubatan di Hospital Royal Derby dan Badan Amanah Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) Burton.

Tudung itu akan digunakan untuk kakitangan hospital beragama Islam terutama doktor yang melakukan pembedahan ke atas pesakit sebagai langkah mengelakkan jangkitan kuman.

Farah berkata, dari aspek kebersihan, dia tidak yakin untuk menjalankan tugas dengan memakai tudung sama sepanjang hari sekali gus mendorongnya menghasilkan tudung pakai buang.

“Saya memakai tudung yang sama sepanjang hari menyebabkan ia tidak bersih dan kurang sesuai.

“Disebabkan itu, saya pernah diminta meninggalkan dewan bedah untuk mengelakkan berlakunya jangkitan kuman kepada pesakit,” katanya kepada BBC Radio Derby.

Leave a Reply