Input your search keywords and press Enter.

KKM Aktifkan CPRC Pantau Keadaan Banjir

M Update, 19/12/2019 – Kementerian Kesihatan mengaktifkan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Negara (CPRC) di ibu pejabatnya di Putrajaya untuk memantau keadaan banjir di seluruh negara.

Timbalan Menterinya, Dr Lee Boon Chye berkata, CPRC akan memberikan laporan terkini setiap hari kepada kementerian berhubung jumlah mangsa banjir dan mereka yang berpindah ke pusat penempatan sementara (PPS) untuk membolehkan tindakan perlu dan segera diambil.

“CPRC akan bekerjasama dengan PPS di kawasan terjejas banjir. Pihak (di PPS) mempunyai input (mengenai mangsa banjir yang berpindah) yang boleh dikongsi dengan Pejabat Kesihatan Daerah.

“Input daripada PPS akan membantu kami mengendalikan (sebarang isu kesihatan) (sekiranya ada),” katanya.

Beliau juga menasihatkan orang ramai di kawasan terjejas banjir untuk minum air yang dimasak berikutan bekalan air terawat mungkin terhad pada musim banjir. – Bernama

Leave a Reply