Input your search keywords and press Enter.

Kes Bunuh : Polis Buru ‘Gemuk’

M Update, 27/12/2019 – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang sedang mengesan seorang lelaki, Sam Wai Chen, 41, bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh pemandu e-hailing di Taman Berjaya, di Kajang, pada 13 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, lelaki itu yang juga dikenali sebagai Gemuk dan Koko dikesan berada di alamat terakhir di Casa Magna Blok B, No 2 Jalan Prima 10, Metro Prima Jalan Kepong, Kuala Lumpur .

“Lelaki itu diminta tampil bagi membantu siasatan berhubung kes yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu ini juga diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Siti Sarah Aisyah Saad di talian 016 4064202,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada 14 Disember lalu akhbar melaporkan, pemandu e-hailing ditemui maut selepas dipercayai terbabit dalam pergaduhan di sebuah premis di Taman Berjaya, Kajang. Mangsa berusia 30-an itu, dipercayai datang ke premis terbabit untuk berjumpa dengan seorang daripada pekerja di premis berkenaan.

Bagaimanapun, perselisihan faham antara mereka menyebabkan berlakunya pergaduhan sebelum mangsa disahkan maut di lokasi kejadian. – HM Online

Leave a Reply