Input your search keywords and press Enter.

Rukun Negara Jadikan Malaysia Negara Contoh

M Update, 26/8/2019 – Jika setiap lima prinsip Rukun Negara sebati dalam diri setiap warganegara, nescaya Malaysia akan menjadi negara contoh kepada dunia – Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Datuk Dr Mohd Nor Manuty.

Rukun Negara amat penting dihayati oleh setiap lapisan masyarakat terutamanya dalam memperkukuhkan perpaduan antara rakyat berbilang kaum di negara ini.

Prinsip Rukun Negara ialah Kepercayaan kepada Tuhan; Kesetiaan kepada Raja dan Negara; Keluhuran Perlembagaan; Kedaulatan Undang-Undang; serta Kesopanan dan Kesusilaan.

Kita akan dapat melihat kurangnya sentimen perkauman, kita juga akan dapat melihat permasalahan sosial yang menurun atau budaya hedonistik yang melampau-lampau akan berkurangan, pembaziran dan sebagainya. Kerana itu ia dipanggil rukun, apabila kita tidak ikut Rukun Negara bererti ada kepincangan dalam negara kita

Penerapan makna Rukun Negara perlu diperkasakan dalam sistem pendidikan negara kerana kelima-lima prinsip itu bukan hanya untuk dihafal, tetapi juga dipraktikkan.

Sumber : Bernama

Leave a Reply