Input your search keywords and press Enter.

MEJ SALEHUDDIN (B) ‘BERHATI KERING’ KOREK MAKLUMAT DARI KOMUNIS

Sepanjang 16 tahun berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mej (B) Datuk Salehuddin Abd Muttalib dikenali sebagai seorang yang ‘berhati kering’ kerana ketegasannya dalam mendapatkan maklumat risikan daripada anggota komunis.

Salehuddin, 71, yang pernah berkhidmat sebagai pegawai perisikan tentera dari Military Intelligence Special Branch (MISB) dari Kuching, Sarawak diberi gelaran sedemikian kerana sifatnya yang kental dan tidak tunduk kepada musuh.

Beliau yang ketika itu berusia dalam lingkungan 20-an akan melakukan pelbagai cara termasuk mengelar tangan anggota komunis yang ditahan dan menabur garam di atas kelaran itu bagi mendapatkan maklumat mengenai pergerakan dan perancangan kumpulan pengganas itu. Setiap kali tangkap mereka, beliau akan memaksa mereka bercakap tetapi mereka tidak mahu (bercakap) dan saya akan menggunakan cara itu (kelar tangan dan tabur garam) untuk buat mereka bercakap.

Ya, cara itu sangat berkesan setiap kali beliau buat, mereka akan meraung kesakitan seperti orang hilang akal .

Salehuddin berkata hanya dengan cara itu beliau berjaya mengumpul maklumat untuk dimaklumkan kepada pihak atasan. Sepanjang perkhidmatannya dalam ATM, beliau banyak terlibat dalam operasi penting untuk mempertahankan kedaulatan negara antaranya Operasi Jala Raja, Operasi Iblis, Operasi Teliti 2, Operasi Marcup dan Operasi Teliti 3.

Salehuddin berkata sepanjang operasi tersebut, ramai rakan seperjuangannya gugur dalam pertempuran akibat kekejaman pengganas yang menyerang negara. Janganlah kita ambil mudah pengorbanan anggota pasukan keselamatan negara dalam mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara… pertahankan keamanan dan ketenteraman yang kita nikmati sekarang,” katanya.

Salehuddin berkata tragedi rusuhan kaum 13 Mei 1969 masih segar dalama ingatannya yang ketika itu berkhidmat dalam pasukan B Skuadran 1 Peninjau yang ditugaskan untuk mengawal situasi di Kuala Lumpur pada malam sebelum peristiwa hitam dalam sejarah negara itu. Salehuddin berkata sewaktu membuat rondaan beliau melihat sepasang suami isteri dan anak lelaki mereka di berhampiran sebuah bangunan (sekarang ini dikenali sebagai Kompleks Pertama) berada dalam ketakutan.Ketika itu berlaku pertumpahan darah dan mayat bergelimpangan.

Dalam pada itu, beliau berkata kemerdekaan negara harus diperlihara sebaiknya kerana untuk membebaskan tanah air daripada belenggu penjajah amat getir dan banyak nyawa telah terkorban.

Leave a Reply