Input your search keywords and press Enter.

Malaysia Tawar Bantuan Kepada Australia Padam Kebakaran

Malaysia bersiap sedia untuk menghulur bantuan yang perlu bagi membantu Australia yang kini berhadapan dengan krisis kebakaran hutan. – Foto Reuters

M Update, 06/01/2020 – Malaysia bersiap sedia untuk menghulur bantuan yang perlu bagi membantu Australia yang kini berhadapan dengan krisis kebakaran hutan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata, bantuan itu termasuk penghantaran anggota Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), aset dan pegawai untuk membantu memadamkan kebakaran berkenaan dengan secepat mungkin dan bagi menyokong operasi menyelamat Australia.

“Saya amat sedih bila mengetahui mengenai keadaan buruk kebakaran itu yang menyebabkan kehilangan nyawa dan kerosakan besar di Australia.

“Bagi pihak kerajaan Malaysia, saya ingin melahirkan rasa takziah kepada mangsa, keluarga mereka dan semua yang terbabit. Doa kami mengiringi bersama-sama rakyat Australia semasa tempoh sukar ini,” katanya dalam akaun Facebook rasmi beliau, hari ini.

Menurut laporan media, seramai 24 orang terbunuh dan hampir 2,000 rumah musnah apabila kebakaran hutan itu memusnahkan tiga negeri di Australia membabitkan kebakaran kira-kira lima juta hektar tanah.

Leave a Reply