Input your search keywords and press Enter.

Rakyat Malaysia Dinasihat Daftar Diri Di Kedutaan Terdekat

M Update, 8/1/2019 – Rakyat Malaysia yang tinggal atau dalam perjalanan ke Timur Tengah dan rantau Teluk dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan mereka – Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau juga menggesa mereka yang masih belum mendaftar diri dengan misi diplomatik Malaysia supaya berbuat demikian di kedutaan terdekat atau konsulat jeneral Malaysia dengan segera. Pendaftaran boleh dilakukan menerusi emel.

Berikutan misi diplomatik Malaysia yang tidak aktif di Iraq, Syria dan Yaman, Saifuddin berkata rakyat Malaysia yang tinggal, bekerja atau melancong di sekitar rantau itu perlu mendaftar dengan kedutaan-kedutaan berikut:

* Rakyat Malaysia di Iraq mendaftar dengan Kedutaan Malaysia di Amman, Jordan;

* Mereka yang berada di Syria, mendaftar dengan Kedutaan Malaysia di Beirut, Lubnan;

* Rakyat Malaysia di Yaman, mendaftar dengan Kedutaan Malaysia di Muscat, Oman.

Sumber : Bernama

Leave a Reply