Input your search keywords and press Enter.

Kaji Semula Kasut Hitam, KPM Dapatkan Pandangan Sekolah

M Update, 15/1/2020 – Kementerian Pendidikan (KPM) akan membuat kajian semula pelaksanaan peraturan pemakaian kasut dan stoking berwarna hitam di semua sekolah.

Ketua Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM, Datuk Mohd Jamil Mohamed menerusi satu surat pekeliling berkata, kajian itu perlu diselesaikan sebelum atau pada Rabu depan bagi melihat keberkesanan pelaksanaan peraturan yang diperkenal tahun lalu.

Kajian berkenaan akan mengambil kira dapatan daripada pihak sekolah. Surat Pekeliling bertarikh 14 Januari itu diajukan kepada semua pengarah pendidikan negeri yang dikongsi melalui Facebook Friends Of Maszlee Malik. Dapatan libat urus menunjukkan bahawa majoriti respondan termasuk ibu bapa bersetuju dengan pemakaian kasut berwarna hitam berbanding kasut putih.

KPM sebelum ini memperkenalkan pelaksanaan peraturan berkenaan yang dikuatkuasakan secara beransur-ansur bermula sesi persekolahan tahun lalu hingga 2021.

Berdasarkan pautan yang dikongsikan menerusi surat pekeliling itu, pihak sekolah perlu melengkapkan beberapa maklumat termasuk butiran sekolah dan pelajar. – SH Online

Leave a Reply