Input your search keywords and press Enter.

Koronavirus : Berita Kematian Lelaki Warga India Di Malaysia Adalah Palsu

M Update, 31/1/2020 – Berita mengenai seorang lelaki warganegara India berusia 23 tahun yang kononnya meninggal dunia di Malaysia akibat 2019 novel koronavirus adalah palsu.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi catatan terbaharu dalam akaun Facebook rasminya menegaskan tiada warganegara India direkodkan oleh makmal yang menjalankan ujian pengesahan koronavirus di Malaysia.

“Berdasarkan maklumat yang diterima sehingga 6 petang hari ini, lelaki warganegara India berumur 23 tahun seperti yang dinyatakan dalam berita itu tidak ada dalam senarai notifikasi dan kes-kes positif yang dilaporkan kepada KKM,” menurut catatan itu.

Menurut sebuah portal berita di India, datuk kepada lelaki warga India itu menerima panggilan daripada pihak berkuasa Malaysia pada Rabu, yang memaklumkan kematian cucunya disebabkan oleh koronavirus. – BERNAMA

Leave a Reply