Input your search keywords and press Enter.

Coronavirus: 16 Warga Asing Dihalang Masuk Ke Sarawak

M Update, 3/2/2020 – Seramai 16 individu dilarang masuk ke negeri ini pada Sabtu dan Ahad lalu, bagi mengekang penularan coronavirus atau 2019-nCoV. Daripada jumlah itu, 13 adalah warga China, Hong Kong (dua) dan Indonesia (satu).

Jabatan Imigresen Sarawak dalam kenyataan hari ini berkata, warga Indonesia dan Hong Kong itu dilarang masuk ke Sarawak kerana mereka mempunyai sejarah perjalanan ke China dalam tempoh 14 hari lalu.

“Warga Indonesia itu seorang lelaki, manakala yang dari Hong Kong pula seorang lelaki dan wanita. Mereka cuba masuk ke negeri ini dengan menaiki pesawat dari Semenanjung ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK),” katanya.

Menurut kenyataan itu, 11 warga China cuba masuk ke Sarawak menerusi LTAK pada Sabtu dengan dua wanita menaiki pesawat dari Kota Kinabalu.

“Seramai sembilan orang lagi, iaitu tiga wanita dan enam lelaki pula menaiki pesawat ke LTAK dari Semenanjung,” katanya.

Semalam seorang lelaki warga China dihalang masuk ketika tiba di Lapangan Terbang Miri dari Semenanjung.

“Semalam juga, seorang lagi warga China dihalang masuk melalui Lapangan Terbang Mulu. Lelaki dari Guangzhou itu menaiki pesawat ke Kota Kinabalu sebelum meneruskan perjalanan ke Mulu,” katanya.

Sumber : BH Online

Leave a Reply