Input your search keywords and press Enter.

Wanita Maut Ditikam Teman Lelaki

M Update, 4/2/2020 – Wanita ditemui mati dipercayai dibunuh teman lelakinya di sebuah rumah di Kampung Padang Balang, Sentul, Kuala Lumpur, semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail berkata, polis menerima laporan kejadian itu daripada seorang wanita, pada 5.52 petang. Bertindak atas laporan, polis ke lokasi kejadian dan menemui mayat wanita berusia 24 tahun terbaring di atas katil dengan kesan tikaman pada perut.

“Pada masa sama, seorang lelaki berusia 43 tahun yang juga teman lelaki mangsa berada di tempat kejadian muntah darah dan sesak nafas akibat cuba meminum cecair pencuci lantai,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Rajab, suspek dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan dan dilaporkan masih tidak sedarkan diri. Katanya, semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Mayat mangsa dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat. Kita masih menyiasat motif kejadian,” katanya kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil menyalurkan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superintendan Stephen Ganeson di talian 016-3767390 dan Asisten Superintendan M Hussin Sollehuddin Zolkifly di talian 017-2446363 atau Pusat Kawalan Polis Kuala Lumpur di talian 03-21460522 sambungan 584/585. – HM Online

Leave a Reply