Input your search keywords and press Enter.

Kes pertama 2019-nCov Babitkan Rakyat Malaysia

M Update, 4/2/2020 – Rakyat Malaysia pertama berusia 41 tahun yang berasal dari Selangor disahkan positif jangkitan coronavirus baharu (2019-nCoV).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata lelaki terbabit mempunyai sejarah perjalanan ke Singapura, dari 16 hingga 22 Januari lalu bagi menghadiri mesyuarat bersama delegasi antarabangsa termasuk China.

Lelaki berkenaan kemudian pulang ke Malaysia pada 23 Januari lalu, sebelum mendapatkan rawatan di pusat perubatan swasta di Selangor, enam hari berikutnya kerana demam dan batuk.

“Jadi, ini adalah kes pertama jangkitan coronavirus, membabitkan rakyat kita,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Kementerian Kesihatan setakat semalam melaporkan tiada pertambahan kes positif coronavirus dikesan di Malaysia dalam tempoh lebih tiga minggu.

Semua kes positif sebelum ini membabitkan warganegara China, masing-masing tiga kes disyaki (PUI) dan lima individu dalam kalangan kontak rapat. Jumlah terkumpul kes PUI bagi 2019-nCoV pula adalah 192 orang, iaitu 105 rakyat tempatan, China (82 orang) dan masing-masing satu warga Australia, Korea, Jordan, Brazil dan Thailand.

Tiga daripada keseluruhan PUI itu disahkan positif coronavirus, 173 kes negatif dan 16 masih menunggu keputusan makmal. – BH Online

Leave a Reply