Input your search keywords and press Enter.

Koronavirus: Angka Kematian Melonjak 1,016 Kes

2,097 kes dengan 103 kes baharu dicatatkan hari ini, akibat wabak coronavirus di wilayah Hubei, di China. – Foto AFP

M Update, 11/02/2020 – Angka kematian akibat coronavirus melonjak ke 1,016 di seluruh China, hari ini selepas Wilayah Hubei dilanda wabak itu dengan 108 kes baharu dicatatkan, menurut pihak berkuasa kesihatan negara itu.

Jumlah yang disahkan yang terjejas berikutan wabak itu mencecah 42,638 kes di seluruh China dengan 2,500 kes baharu dilaporkan.

Sementara itu, Suruhanjaya Kesihatan Wilayah Hubei mengesahkan sebanyak 31,728 kes dilaporkan sehingga semalam, iaitu dengan 3.07 kadar kematian dicatatkan.

Ia berkata masih ada sejumlah 16,687 kes yang disyaki. Semalam, dalam sehari wilayah itu berjanji untuk memeriksa semua orang yang disyaki mempunyai jangkitan coronavirus.

Virus baru dipercayai muncul, tahun lalu di pasaran yang menjual haiwan liar di Wuhan , iaitu bandar raya tempat bermulanya wabak itu.

Sejak coronavirus meletus sejak Disember lalu, jumlah korban wabak itu melepasi angka korban akibat Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS), pada tahun 2002/2003.

Presiden China, Xi Jinping bertemu dengan pekerja perubatan dan pesakit yang terjejas di sebuah hospital di Beijing, semalam dengan meminta langkah yang lebih tegas untuk mengekang menyebarkan wabak itu, kata penyiar negeri CCTV.

Untuk misi pakar antarabangsa yang diketuai oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mengenai virus itu tiba di China, lewat petang Isnin lalu, diketuai oleh Bruce Aylward. Beliau juga menyelia kes wabak Ebola di Afrika Barat, pada 2014-2016. – Reuters

Leave a Reply