Input your search keywords and press Enter.

JKM Cari Waris Bayi Perempuan

M Update, 12/2/2020 – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuala Pilah kini giat mencari waris bayi perempuan yang ditinggalkan di Masjid Kariah Kuala Sungai Dua pada 18 Disember tahun lalu.

Pegawai Pelindung JKM Kuala Pilah, Mohd Fudlullah Ahmad berkata, bayi tanpa identiti itu kini berusia satu bulan ditemui oleh bilal masjid berkenaan ketika ingin mengazankan solat subuh.

“Sejurus penemuan, bayi tersebut ditempatkan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah untuk rawatan lanjut. Bagaimanapun,kini bayi itu telah ditempatkan sementara di penempatan di Seremban sehingga 4 Mac depan,” katanya kepada ketika dihubungi, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Fudlullah berkata, pihaknya sedang berusaha mengesan waris bayi ini untuk menguruskan pendaftaran lewat kelahiran.

“Sehubungan itu, kami meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan waris bayi inidan memaklumkan kepada Pejabat JKM daerah Kuala Pilah ditalian 064811163 atau menghubungi saya di talian 0132954670,” katanya.

Sumber : HM Online

Leave a Reply