![](http://m-update.com/wp-content/uploads/2020/03/90102736_2912161735516608_6826271108723900416_o.jpg)
M Update, 19/3/2020 – Budi baik dibalas baik. Itulah perumpamaan yang tepat digunakan ketika Malaysia sedang bergelut merawat pesakit Covid-19 yang semakin meningkat, kerajaan China telah menghantar bantuan ke negara ini.
![](http://m-update.com/wp-content/uploads/2020/03/89927032_2912161895516592_5706321780285636608_o-1024x768.jpg)
Kedutaan China di Kuala Lumpur melalui Facebook mereka memuat naik beberapa gambar bantuan pertama iaitu peralatan perubatan yang kini dalam perjalanan ke Hospital Sungai Buloh.
![](http://m-update.com/wp-content/uploads/2020/03/90350382_2912162288849886_7456307025379590144_o-1024x768.jpg)
“Tindakan tanpa penangguhan! Kumpulan pertama peralatan perubatan dari China sedang dalam perjalanan ke Hospital Sungai Buloh,” katanya.
![](http://m-update.com/wp-content/uploads/2020/03/90050857_2912162562183192_8313980336186851328_o-1024x768.jpg)
Pada 31 Januari lalu, sebanyak 18 juta sarung tangan klinikal dihantar Malaysia ke China ketika negara itu berdepan dengan masalah keperluan peralatan perubatan.