Input your search keywords and press Enter.

‘Defend Tag’ Bukan Untuk Halang Covid-19

M Update, 2/4/2020 – Antah Pharma Sdn Bhd, hari ini menjelaskan produk keluarannya ‘Defend tag’, tidak pernah mendakwa ia boleh menghalang penularan COVID-19, mahupun mendakwa ia sebagai alat bagi menghalang jangkitan virus penyakit itu.

Dalam satu kenyataan malam ini, Antah Pharma berkata beberapa laporan di media sosial yang mendakwa produk itu boleh berbuat demikian, adalah salah dan mengelirukan. Menurutnya Defend tag menggunakan teknologi inovatif yang digabungkan dengan keberkesanan klorin dioksida terbukti sebagai agen antimikrobial, menjadikannya berkesan terhadap banyak virus dan bakteria yang diketahui.

“Walaupun Defend tag direka untuk memberikan perlindungan tambahan terhadap mikrob bawaan udara, namun ia bukan pengganti kepada penjagaan kebersihan diri yang baik seperti membasuh tangan dengan sabun dan air, menggunakan pensanitasi dan penutup mulut dan hidung, apabila perlu.

“Oleh kerana COVID-19 adalah coronavirus, saintis di seluruh dunia masih menjalankan penyelidikan yang luas untuk memahami ciri-ciri virus itu.

Setiap individu disaran mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan serta Pertubuhan Kesihatan Sedunia, dan mengamalkan penjagaan kebersihan diri yang dan jarakan sosial,” tambahnya. – BERNAMA

Leave a Reply