M Update, 9/4/2020 – Keputusan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sepatutnya berakhir Selasa ini (14 April), tertakluk kepada nasihat Kementerian Kesihatan (KKM).
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menjelaskan KKM sedang melakukan penilaian mengenai keperluan melanjutkan atau tidak PKP berdasarkan situasi semasa jangkitan COVID-19 di Malaysia, sebelum memaklumkan kepada kerajaan.
“Setiap keputusan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) serta melanjutkan atau tidak PKP, dibuat atas nasihat KKM. Setakat ini, belum ada nasihat daripada KKM berhubung perkara ini dan kita juga belum bincang mengenainya dalam Mesyuarat Khas Menteri (hari ini). Saya tidak tahu apa langkah seterusnya.
“Kita serah kepada KKM untuk menasihat kerajaan. Selagi tiada pengumuman, maka setakat hari ini, berjalan seperti biasa iaitu PKP masih sampai 14 April, kecuali ada pengumuman lain dibuat,” katanya pada pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri Mengenai PKP di Putrajaya, hari ini.
Sumber ; BH ONline