Input your search keywords and press Enter.

13 Akademi Penjara Jadi Pusat Tahanan Pesalah PKP

M Update, 15/4/2020 – Kerajaan sudah mewartakan 13 akademi penjara untuk dijadikan pusat tahanan baharu kepada pesalah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pusat tahanan baharu itu akan mengikut semua prosedur operasi standard (SOP) penjara.

“Walaupun ia di pusat akademi penjara, peraturan dan undang-undangnya sama saja dengan penjara biasa. Bukan bermakna apabila masuk pusat ini, makan bermewah sikit… tidak. Ia tetap ikut SOP penjara biasa,” katanya pada sidang medianya, hari ini.

Ismail Sabri berkata, keputusan mewartakan 13 pusat itu diputuskan dalam mesyuarat semalam dan arahan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk berbuat sedemikian sudah dilakukan.

“Kita mempunyai pusat akademi penjara yang akan kita tukar kepada pusat tahanan. Jadi kita boleh selesaikan isu penjarakan sosial,” katanya.

Sumber : BH Online

Leave a Reply