Input your search keywords and press Enter.

Manfaatkan MySejahtera & MyTrace – Noor Hisham

M Update, 5/5/20 – Kementerian Kesihatan menggalakkan rakyat negara ini menggunakan aplikasi MySejahtera dan MyTrace yang membantu pengawasan dan menjejaki kontak COVID-19.

Ketua Pegarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kedua-dua aplikasi telefon pintar yang dibangunkan Kerajaan Malaysia dengan kerjasama pelbagai agensi itu boleh dimuat turun secara percuma.

Beliau juga menyarankan bukan warganegara Malaysia yang berada di negara ini untuk memuat turun aplikasi berkenaan.

“MySejahtera membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan memperkasa rakyat atau pengguna untuk prihatin kepada kesihatan kendiri dan keadaan semasa COVID-19 di Malaysia.

“MySejahtera membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri, di samping membantu Kementerian Kesihatan mendapatkan maklumat awal tahap kesihatan individu untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.

“MyTrace membolehkan kerajaan menjalankan pengesanan kontak kepada individu yang disahkan positif COVID-19.

“MyTrace tidak mengumpul sebarang maklumat geo-lokasi pengguna, sebaliknya merekodkan log gelombang bluetooth apabila pengguna berada berdekatan antara satu sama lain,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya, semalam.

Leave a Reply