Input your search keywords and press Enter.

Polis Siasat Wanita Pijak Anak Kucing

Foto dari Video Tular

M Update, 8/5/2020 – Polis sedang menyiasat tindakan kejam sekumpulan wanita yang mendera kucing dengan memijak-mijak haiwan itu hingga mati.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff, berkata pihaknya menerima laporan itu dan masih menjalankan siasatan.

“Berdasarkan semakan mendapati laporan polis pertama dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban bersabit Mambau. Bagaimanapun, tempat kejadian dan suspek masih belum dapat dikenal pasti,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Video dan gambar yang tular di Facebook (FB) sejak semalam memaparkan seekor anak kucing dipijak tiga wanita yang mengundang kemarahan netizen.

Susulan daripada video dan gambar itu, satu laporan polis diterima daripada lelaki yang tidak berpuas hati dan marah dengan tindakan wanita berkenaan. Rakaman video berdurasi tiga minit itu memaparkan tiga wanita bergilir memijak anak kucing sehingga mati.

Leave a Reply