Input your search keywords and press Enter.

Tak Boleh Paksa Pelanggan Pakai Pelitup Muka – Ismail Sabri

M Update, 8/5/2020 – Pihak pasar raya atau kedai tidak boleh menghalang orang ramai yang tidak memakai pelitup muka daripada memasuki premis mereka.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pemakaian pelitup muka bukan sesuatu yang diwajibkan oleh peraturan atau undang-undang ketika krisis COVID-19 sekarang.

Berikutan itu, katanya, tidak menjadi kesalahan jika ada yang tidak memakai pelitup muka dan pengurusan mana-mana premis tidak boleh menghalau pelanggan yang tidak memakainya.

“Saya berharap pasar raya atau kedai tidak mengambil undang-undang sendiri dengan mengenakan sesuatu halangan yang bertentangan dengan peruntukan serta peraturan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

“Tidak boleh halau dan paksa pelanggan balik rumah dulu. Ini tidak boleh kerana bertentangan dengan akta itu,” katanya pada sidang media yang disiarkan secara langsung selepas mesyuarat khas Menteri-Menteri Mengenai PKP di Putrajaya, hari ini.

Ismail Sabri menjelaskan, kerajaan bagaimanapun menggalakkan orang ramai memakai pelitup muka untuk menjaga keselamatan diri dan orang lain terutama mereka yang mempunyai gejala.

Bagi mengelakkan pelanggan pulang dengan tangan kosong kerana tiada pelitup muka, beliau memminta pengurusan pasar raya dan kedai menjual bahan berkenaan kepada pengguna di pintu masuk.

“Saya mencadangkan pasar raya letakkan (pelitup muka) di luar dan jual jika itu diperlukan dan ditetapkan kepada pelanggan mereka, tetapi perlu diingatkan pemakaian topeng muka tidak wajib dan tiada dalam peraturan dan undang-undang,” katanya – BH Online

Leave a Reply