Input your search keywords and press Enter.

Tunggu Pengumuman PM Berkaitan PKPB – Ismail Sabri

M Update, 8/5/2020 – Sama ada kerajaan akan melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berakhir pada 12 Mei ini masih belum diputuskan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau belum memperoleh maklumat berhubung perkara itu.

“Sebaiknya kita tunggu nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM) kerana Akta 342 ini berada di bawah kementerian terbabit.

“Menteri Kesihatan akan beri nasihat kepada kerajaan sama ada akan sambung atau tidak,” katanya pada sidang akhbar (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini hari ini.

Bagaimanapun katanya, pengumuman berhubung hal itu biasanya akan dimaklumkan lebih awal sebelum tamat sesuatu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Jadi tunggu saja pengumuman Perdana Menteri,” katanya.

Sumber : SH Online

Leave a Reply