Input your search keywords and press Enter.

Pengasas Kicap, Sos Cap Kipas Udang Meninggal Dunia

M Update, 13/5/2020 – Pengasas kicap, sos dan seri kaya Cap Kipas Udang, Datuk Lambak Mohamed meninggal dunia pada 9.15 pagi semalam di kediamannya di Larkin Jaya, Johor Bahru.

Jenazah Allahyarham Lambak, 100, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kebun Teh kira-kira 12.30 tengah hari semalam, kata cucunya Amiza Abdul Aziz.

“Arwah tiada komplikasi penyakit, malah dia sihat sahaja sebelum ini,” katanya ketika mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama, semalam.

Lambak meninggalkan balu Datin Rogayah Jusoh, 94, dan 12 cahaya mata.

Produk yang dikeluarkan oleh syarikat Zara Foodstuff Industries Sdn Bhd sejak 1987 itu, tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat di negara ini, terutama produk kicap Habhal’s .

Leave a Reply