Input your search keywords and press Enter.

Rakyat Malaysia Diminta Patuh Perintah Berkurung, Hindari Kawasan Protes – Hishammuddin

M Update, 2/6/2020 – Rakyat Malaysia di Amerika Syarikat (AS) diminta menghindari kawasan protes dan patuhi perintah berkurung yang dikuatkuasa negara itu selepas ribuan penunjuk perasaan turun ke jalan raya berikutan insiden kematian George Floyd ketika ditahan polis, Isnin lepas. 

Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein turut menggesa rakyat Malaysia di negara itu untuk berdaftar segera dengan Kedutaan Malaysia agar bantuan mudah disalur.

“Situasi di US (Amerika Syarikat) amat tidak menentu ekoran protes di beberapa bandar…Take care & #StaySafe!,” katanya  menerusi ciapan di akaun Twitternya, semalam.

AFP melaporkan Los Angeles, Philadelphia dan Atlanta antara beberapa bandar raya di AS yang mengumumkan perintah berkurung sejak Sabtu lepas dalam usaha mengekang protes anti kekejaman polis yang meletus di seluruh negara itu. Perintah berkurung pada waktu malam juga dilaksanakan di Louisville, Kentucky ketika AS terus digegarkan oleh para pendemonstrasi.

Dalam kejadian di Minnieapolis, AS pada 25 Mei, Floyd, dikatakan ditahan oleh seorang anggota polis yang menekan lehernya menggunakan kaki sehingga beliau mengalami sesak nafas, dan akhirnya meninggal dunia di hospital. – BERNAMA

Leave a Reply