Input your search keywords and press Enter.

PKP Dilaksanakan Ikut Lunas Undang-Undang

M Update, 5/6/2020 – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan dakwaan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilakukan kerajaan tidak mengikut lunas undang-undang berikutan penularan Covid-19 masih belum diwartakan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, wabak itu tidak diwartakan sebagai penyakit berjangkit mengikut Jadual Pertama, Akta 342 kerana ia adalah pandemik baharu yang berlaku di seluruh dunia.

Sebaliknya, beliau berkata, wabak itu dikategorikan mengikut Perkara 30, Jadual Pertama dalam akta berkenaan.

“Buat masa ini, wabak Covid-19 dikategorikan di bawah Perkara 30, Jadual Pertama, Akta 342 iaitu ‘apa-apa jangkitan microbial yang mengancam nyawa’.

“Pindaan kepada Jadual Pertama, Akta 342 bagi menyenaraikan wabak itu sebagai penyakit berjangkit perlu dibuat melalui kuasa menteri mengikut Seksyen 30, Akta 342,” katanya dalam kenyataan di Putrajaya, hari ini. – HM Online

Leave a Reply