Input your search keywords and press Enter.

Tiba Dari Luar Negara Ke Sarawak Perlu Kuarantin – Ismail Sabri

M Update, 2/9/2020 – Semua ketibaan dari luar negara di pintu masuk Sarawak, perlu melalui kuarantin wajib selama 14 hari di pusat yang ditetapkan kerajaan negeri itu, bermula semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata individu terbabit juga perlu menjalani ujian calitan COVID-19 pada hari kedua dan ke-10.

“Kos kuarantin bagi rakyat Sarawak akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri itu. Bagi bukan rakyat Sarawak pula, kos kuarantin adalah atas tanggungan sendiri.

“Bagi ketibaan dalam negeri di pintu masuk Sarawak, warga Malaysia dibenarkan masuk tanpa perlu menjalani kuarantin wajib.

“Bagaimanapun, mereka perlu mengisi borang deklarasi kesihatan secara dalam talian (e-HDF) terlebih dahulu. Borang itu boleh dilayari dalam laman sesawang https://sarawakdisastermc.com/,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini. – BH Online