Input your search keywords and press Enter.

Harga Emas Turun, Kedai Emas Kena Serbu

Foto Sekadar Hiasan

M Update, 18/05/2022 – Kejatuhan harga emas dipasaran ketika ini menyaksikan orang ramai mula menyerbu premis berkenaan untuk mendapatkan koleksi perhiasan itu dengan harga lebih rendah.

Tinjuan di premis menjual barangan kemas mendapati orang ramai mula beratur seawal jam 9 pagi walaupun kedai emas mula beroperasi jam 10 pagi.

Seorang peniaga emas, Siti Rohani Roslan, 32, berkata, berita kejatuhan harga emas mula berlaku pada Sabtu lalu menyebabkan orang ramai mula membanjiri kedainya untuk membeli perhiasan itu.

Kejatuhan harga emas dipasaran ketika ini menyaksikan orang ramai mula menyerbu premis berkenaan untuk mendapatkan koleksi perhiasan itu dengan harga lebih rendah.

“Sejak harga emas turun sekitar RM20 per gram saya menerima lebih 100 orang pelanggan setiap hari yang berkunjung ke kedai untuk membeli perhiasan tersebut,” katanya kepada Sinar Harian di sini pada Selasa.

Menurutnya, tetap menawarkan pelbagai pilihan menarik kepada pelanggan walaupun harga emas mengalami kejatuhan ketika ini.

Seorang lagi peniaga emas, Mohd Hafiz Mat Rof, 43, berkata, barang kemas seperti gelang jenis lipan, pulut dakap menjadi pilihan para pelanggan di sebalik kejatuhan emas itu.

Katanya, selain itu cincin jenis KLCC dan matahari turut menjadi rebutan pada pelanggan.

“Kebanyakan barang kemas yang dibeli oleh pelanggan bermula dengan harga RM3,000 dan ke atas,” katanya.

Sumber: Sinar Harian