Input your search keywords and press Enter.

Polis Cari Lima Lelaki Bantu Kes Bunuh

M Update, 14/9/2020 – Polis kini sedang mengesan lima lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh di Pangsapuri Jade Hill, di sini 14 Ogos lalu.

Individu terbabit dikenali sebagai N Vesnu, 29 dan V Sugumaran, 31, yang beralamat terakhir No 32, Jalan Muhibah Taman Muhibah, Sungai Chuah, Selangor serta No 3, Jalan Cendana 3, Taman Cendana, Sungai Chua, Kajang.

Turut dicari, I K Guganesan, 25, (No 111, Gelang 7 Bandar Putri Klang); S Tinakaran, 30, (No 27, Jalan 6 Taman Asa Jaya Kajang, Kajang) dan R Navukarasan, 29 (No 40, Jalan 2 Taman Semarak, Kajang).

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, satu laporan diterima daripada seorang wanita pada jam 10.24 malam pada hari kejadian memaklumkan teman lelakinya telah dipukul sehingga mati.

“Mangsa berusia 26 tahun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kajang.

“Suspek disyaki menggunakan objek tumpul untuk menyerang mangsa. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan Vekram Sinnaiah di talian 019 4737108 atau hadir ke balai polis berdekatan.

Sumber : Sinar Harian