Input your search keywords and press Enter.

APMM – Op Khas Pagar Laut

M Update, 19/03/2024 – Maritim Malaysia mengaktifkan semula OP KHAS PAGAR LAUT di seluruh perairan negara khususnya di kawasan titik panas (hotspot) sempena Ramadan dan Syawal tahun ini.

Operasi khas ini dijalankan dalam empat fasa bermula Fasa I iaitu persediaan (pengumpulan maklumat dan siap siaga aset) pada 12 Mac hingga 17 Mac 2024.

Diikuti Fasa II iaitu penguatkuasaan sebelum perayaan (18 Mac hingga 1 April).

Seterusnya Fasa III merangkumi penguatkuasaan semasa perayaan (2 April hingga 16 April) diikuti Fasa IV iaitu penguatkuasaan selepas perayaan (17 April hingga 30 April).

Op ini dilaksanakan bagi mengekang dan memerangi aktiviti jenayah rentas sempadan seperti pergerakan pendatang asing tanpa izin (PATI), pencerobohan nelayan asing, penyeludupan masuk barangan kontraban seperti mercun serta penyeludupan barang-barang kawalan ke luar negara.

Sepanjang Op Pagar Laut, Maritim Malaysia akan memperketatkan kawalan serta mengoptimumkan pengoperasian di perairan sempadan negara-negara jiran.