Input your search keywords and press Enter.

Misi Pengaman : Malbatt 850-8 Berlepas Ke Lubnan

M Update, 2/10/2020 – Seramai 850 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) menyertai pasukan Malaysian Battalion (MALBATT) 850-8 bagi menjalankan misi United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL), hari ini.

Penghantaran kumpulan pasukan pengaman MALBATT 850-8 merupakan pasukan yang pertama kali tanpa kehadiran ahli keluarga mereka bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ekoran wabak koronavirus (Covid-19).

Pasukan MALBATT 850-8 ini telah menjalani tempoh kuarantin selama dua minggu sebelum bertolak ke Lubnan. Ini bermakna, sebelum itu, (sejak dua minggu lepas) mereka tiada langsung kontak rapat dengan ahli keluarga masing-masing malah pasukan berkenaan juga akan dikenakan kuarantin selama dua minggu apabila tiba di sana bagi memastikan mereka bebas Covid-19

Kesemua 850 pegawai dan anggota tersebut dibahagikan kepada empat kumpulan, yang mana kumpulan pertama seramai 216 orang yang diketuai Komander MALBATT Kol Azudin Hassan berlepas ke Lubnan, petang semalam. MALBATT 850-8 ini merupakan pasukan MALBATT siri ke-8 sejak 2007 sebagai pasukan pengaman bagi menguatkuasakan Resolusi 1701 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu selama 12 bulan bermula 14 Nov ini hingga 14 Nov tahun depan. – Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz

Mereka semua akan meneruskan misi UNIFIL di bawah kawalan operasi Markas Sektor Barat dan akan ditempatkan di dua petempatan tetap iaitu di Kem Ma’rakah dan Kem Tibnin serta akan melaksanakan tugas-tugas operasi khususnya kawasan yang dipertanggungjawabkan,” katanya dalam sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pemakaian Beret Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan penghantaran MALBATT di Pangkalan Udara Subang, dekat sini.