Input your search keywords and press Enter.

Pelajar Baharu USM Disaran Tangguh Perjalanan Ke Kampus

M Update, 2/10/2020 – Universiti Sains Malaysia (USM) menyarankan semua pelajar termasuk pelajar baharu yang sepatutnya mendaftar di kampus hari ini, menangguhkan perjalanan dan membuat pendaftaran dalam talian.

Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira perkembangan terkini wabak COVID-19 di negara ini. Para pelajar yang sudah dalam perjalanan ke kampus dibenarkan mendaftar pada hari nini atau mereka boleh menangguhkan perjalanan dan kembali semula apabila dimaklumkan tarikh baharu kelak.

Berkenaan tatacara pendaftaran akan dimaklumkan melalui laman web rasmi USM. Manakala bagi pelajar senior pula, mereka juga diminta untuk menangguhkan perjalanan dan melakukan pendaftaran kursus masing-masing dalam talian.

Untuk maklumat lanjut, pelajar boleh menghubungi kampus induk di talian 04-6533291 5823/5825/6185/5804/5827/6136/5822/5824, Kampus Kesihatan (09-7671300/1310) dan Kampus Kejuruteraan (04- 5995530/5531/5532/5533).