Input your search keywords and press Enter.

Individu Dari Labuan, Sarawak, Semenanjung Perlu Pas Khas Masuk Sabah

M Update, 5/10/2020 – Individu dari Labuan, Sarawak dan Semenanjung Malaysia perlu mengemukakan permohonan pas kebenaran khas kepada Kerajaan Negeri Sabah sekiranya ingin memasuki negeri itu sepanjang Kawalan Rentas Daerah.

Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Jabatan Ketua Menteri Sabah menerusi kenyataan semalam memaklumkan bahawa pemohonan itu boleh dibuat di laman sesawang https://hednp.sabah.gov.my.

Pada Khamis lepas, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa kerajaan akan melaksanakan Kawalan Rentas Daerah di seluruh Sabah mulai kelmarin (3 Okt) hingga 16 Okt ini.

Bagaimanapun, pengecualian diberikan kepada warganegara yang berasal dari Sabah, pemegang pas dikeluarkan Jabatan Imigresen Negeri Sabah yang berada di Semenanjung, Sarawak, Labuan dan pasangan yang menjalankan perkhidmatan perlu,” menurut kenyataan itu.