Input your search keywords and press Enter.

Sekolah Di Kota Kinabalu, Penampang, Putatan Ditutup Hari Ini

M Update, 6/10/2020 – Sebanyak 122 sekolah di Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan, Sabah ditutup bermula hari ini, selaras pelaksanaan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di tiga daerah itu.

Kementerian Pendidikan dalam kenyataan berkata, penutupan itu membabitkan 86 sekolah rendah, 25 sekolah menengah dan 11 sekolah swasta. Mengambil kira keputusan (pelaksanaan PKPB), Kementerian Pendidikan memutuskan sebanyak 122 sekolah harian di kawasan berkenaan akan ditutup sehari lebih awal, iaitu bermula 6 Oktober 2020 (esok).

Sekolah di luar kawasan PKPB akan beroperasi seperti biasa sebagaimana yang dijelaskan dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada 3 Oktober lalu. Kementerian menyedari kebimbangan ibu bapa berkaitan keadaan semasa penularan COVID-19. KPM sentiasa memantau situasi di seluruh negara dan bekerjasama rapat dengan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan dalam melakukan yang terbaik bagi memastikan kesihatan dan keselamatan warga sekolah terpelihara.