Input your search keywords and press Enter.

11 Petugas Kesihatan Positif Covid-19 Di Sabah

M Update, 7/10/2020 – Sebanyak 11 kes positif Covid-19 baharu dikesan membabitkan petugas kesihatan di enam daerah di Sabah, semalam.

Semua daerah yang melaporkan jangkitan ke atas petugas kesihatan ialah Tawau (empat), Semporna (tiga) dan masing-masing satu kes di Lahad Datu, Kota Kinabalu, Papar dan Beluran. -Pengarah Kesihatan Sabah, Datuk Dr Christina Rundi

Semua kes ini antara 219 kes positif baharu yang dilaporkan di Sabah setakat semalam. Menerusi jumlah itu, daerah Semporna dan Kota Kinabalu kekal mencatatkan kes tertinggi. Sebanyak 61 kes dilaporkan di Semporna dan 42 di Kota Kinabalu. Ia diikuti Sandakan (33), Tawau (28), Papar (18), Ranau (tujuh), Putatan (lima), Tambunan (empat) dan Penampang (tiga).

Selain itu, Tuaran, Kota Belud, Kudat, Pitas dan Beluran masing-masing merekodkan dua kes manakala satu kes baharu dilaporkan di Beaufort dan Kinabatangan,” katanya menerusi kenyataan media di Kota Kinabalu, hari ini.

Dr Christina berkata, pertambahan kes di Papar dan Sandakan menjadikan kedua-dua daerah berkenaan berada dalam zon merah sejak 5 Oktober sekali gus keseluruhan bilangan zon merah di Sabah meningkat kepada tujuh daerah.