Input your search keywords and press Enter.

Masjid, Surau Di Wilayah Persekutuan Disaran Adakan Solat – MAIWP

M Update, 7/10/2020 – Semua masjid, surau Jumaat dan surau di Kuala Lumpur, Putrajaya serta Labuan disaran melaksanakan solat hajat selepas sembahyang maghrib selama tiga hari berturut-turut, bermula hari ini.

Dalam satu kenyataan MAIWP menyarankan agar kita semua terus berdoa dan bermunajat agar Allah SWT sentiasa melindungi Malaysia tercinta daripada wabak berbahaya ini, mengurniakan kesembuhan bagi semua yang telah dijangkiti serta mempermudahkan urusan semua pihak bagi mendepani ujian ini.

Solat hajat yang disaran diadakan pada 7, 8 dan 9 Oktober itu bertujuan memohon dilindungi serta dihindari daripada penularan wabak COVID-19. – Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Ajib Ismail