Input your search keywords and press Enter.

Jangan Sebar Berita Palsu, Harap Rakyat Tak Panik – PM

M Update, 7/10/2020 – Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa semua pihak supaya tidak menyebarkan berita palsu berkaitan COVID-19 yang boleh mengakibatkan rakyat keliru. Perdana Menteri juga berharap rakyat tidak panik atau membuat kesimpulan sendiri berhubung situasi yang sedang dihadapi negara ketika ini.

Keputusan yang dibuat oleh kerajaan khususnya menerusi sidang (mesyuarat) khas Majlis Keselamatan Negara Mengenai Pengurusan COVID-19 adalah berasaskan kepada data dan fakta yang dikumpul menerusi sumber yang berautoriti,” katanya.

Yang penting ialah kita mesti bersama-sama dalam mengharungi keadaan yang sukar pada masa ini. Elakkan penyebaran berita-berita palsu yang boleh menyebabkan kita keliru.