M Update, 8/10/2020 – Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Paimuzi Yahya, meninggal dunia akibat komplikasi jantung dan paru-paru di Hospital Sungai Buloh, kira-kira 1 tengah hari, hari ini.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jakim Datuk Abdul Aziz Jusoh ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan memaklumkan berita itu diterima daripada seorang pegawai khas Allahyarham sebentar tadi. Katanya, beliau dimaklumkan jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya di Kuang untuk urusan pengebumian.
Ya, itu berita yang saya terima daripada pegawai khasnya. Kita doakan arwah ditempatkan bersama orang beriman. Seluruh warga Jakim merasa kehilangan dengan pemergian Allahyarham. Mohon sedekahkan doa. -Datuk Abdul Aziz Jusoh