Input your search keywords and press Enter.

Pemilik Akaun Twitter Raja Farah Sofea Kini Disiasat

M Update, 12/10/2020 – Polis menyiasat pemilik akaun Twitter Raja Farah Sofea susulan kenyataan yang dibuatnya berhubung kemalangan meragut anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Kilometer 4 Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan berhubung kenyataan individu yang menggunakan nama Raja Farah Sofea di Twitter itu. Laporan polis sudah dibuat. Kami (polis) sudah memulakan siasatan. Laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara (JBU),” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dalam kejadian 9 pagi itu, Mohd Rizal Buseri, 31, yang juga anggota TLDM meninggal dunia selepas Honda Accord dipandu dirempuh Perodua Myvi dipandu seorang wanita. Kemalangan terbabit tular di media sosial selepas kereta berkenaan hilang kawalan dan melambung sebelum merempuh dua kereta lain hingga terbalik.

Pemilik akaun Twitter atas nama Raja Farah Sofea didakwa membuat kenyataan yang menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pengguna media sosial itu berkaitan kemalangan Sabtu lalu itu.