Input your search keywords and press Enter.

Mohon BPN 2.0 Secara Dalam Talian Bagi Kawasan PKPB & PKPD

M Update, 13/10/2020 – Pemohon baharu Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 terutama di kawasan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) digalakkan membuat permohonan secara dalam talian.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memaklumkan permohonan dalam talian lebih digalakkan buat masa ini bagi memastikan rantaian penularan wabak Covid-19 dapat diputuskan. Manakala, permohonan baharu boleh dibuat mulai 15 Oktober sehingga 15 November depan dan penerima BPN sedia ada tidak perlu mengemukakan permohonan semula sekiranya telah menerima bayaran sebelum ini.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (Luar Negara), HASiL Live Chat dan Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDN di pautan https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my.

Pemohon baharu BPN 2.0 boleh merujuk kepada Soalan Lazim (FAQ) yang telah dimuat naik di portal rasmi BPN di https://bpn.hasil.gov.my/ bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai bantuan tersebut.