Input your search keywords and press Enter.

Kulim Banjir Kilat

Hujan lebat berterusan di daerah Kulim, Kedah petang semalam menyebabkan lapan kampung di Mukim Karangan dan Mukim Terap dilanda banjir kilat malam tadi.

Kawasan yang terjejas di Mukim Karangan adalah Kampung Banggol Penyengat, Kampung Padang Patung, Kampung Seberang Jaya, Kampung Selarong Panjang dan Kampung Padang Limau.

Di Mukim Terap pula membabitkan Kampung Kampung Gunung Bongsu, Kampung Terap dan Kampung Batu 10.

Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Kulim merangkap Pegawai Pertahanan Awam Daerah, Left (PA) Mohd Faizol Ab Aziz berkata, seramai 104 penduduk membabitkan 26 rumah dilaporkan terjejas.

Paras air naik sehingga mencecah satu meter selepas hujan lebat bermula jam 4 petang menyebabkan air bukit melimpah ke kawasan rendah.

Bagaimanapun, hasil pemantauan mendapati air semakin surut dan hujan semakin reda menyebabkan tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka.

Sumber : BH