Input your search keywords and press Enter.

Malaysia, Korea Selatan Bincang Tingkat Hubungan Dua Hala

M Update, 20/10/2020 – Usaha meningkatkan hubungan dua hala menjadi antara topik perbincangan di antara Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in, semalam.

Dalam perbualan Muhyiddin yang menerima panggilan telefon daripada Jae-in, petang semalam turut tertumpu kepada usaha meningkatkan perdagangan antara Malaysia dan Korea Selatan, khusunya selepas penularan COVID-19 yang memberi kesan besar kepada ekonomi dunia.

Perdana Menteri Korea Selatan juga membangkitkan mengenai pencalonan Menteri Perdagangan republik itu, Yoo Myung-hee yang terpilih sebagai dua calon akhir bagi merebut jawatan Ketua Pengarah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).

Saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan Korea Selatan khususnya Yoo Myung-hee atas kejayaan mara ke pusingan akhir proses pemilihan jawatan tersebut. – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Beliau turut menegaskan WTO memerlukan seorang ketua pengarah yang bukan sahaja memiliki pengalaman dan pengetahuan yang luas mengenai sistem perdagangan pelbagai hala bahkan mesti mempunyai visi, kepimpinan dan kedudukan untuk membina semula WTO.

“Saya berpandangan Myung-hee memiliki kepakaran dan pengalaman yang luas dalam pelbagai rundingan perdagangan selain memainkan peranan penting dalam Perjanjian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang dimuktamadkan baru-baru ini.

“Saya nyatakan kepada Moon Jae-in bahawa kejayaan layak ke peringkat akhir pemilihan juga mencerminkan pengiktirafan dunia terhadap keupayaan dan kedudukan republik itu dalam persekitaran perdagangan global, khususnya WTO,” katanya,

Beliau mengucapkan selamat maju jaya kepada Korea Selatan dalam pemilihan akhir jawatan itu pada 7 November ini. – BH Online