Input your search keywords and press Enter.

Pesakit Covid-19 Maut Terjun Tingkat 8

M Update, 22/10/2020 – Seorang wanita yang sebelum ini disahkan positif COVID-19 ditemui mati dipercayai terjun dari tingkat lapan bangunan Hospital Queen Elizabeth I (HQE I), di sini, 9.15 malam tadi.

Wanita warga tempatan berusia 63 tahun itu dikatakan terjun dari tingkap di tingkat lapan bangunan hospital berkenaan sebelum disedari pihak hospital yang kemudiannya memaklumkan kepada polis. Siasatan awal mendapati mangsa dimasukkan ke hospital berkenaan pada 13 Oktober lalu selepas disahkan positif Covid-19.

Bagaimanapun, mangsa telah disahkan bebas penyakit berkenaan dan dijadualkan untuk dikeluarkan dari HQE I, hari ini. Mayat mangsa kini ditempatkan di Jabatan Forensik HQE I, sementara menunggu siasatan lanjut punca mangsa membunuh diri.

Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan orang awam yang mempunyai maklumat berhubung mangsa diminta tampil membantu siasatan. – Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji