Input your search keywords and press Enter.

Tidak Benar Dakwaan 90 Peratus Positif COVID-19 Kunjungi Pusat Beli-Belah

M Update, 22/10/2020 – Kerajaan menafikan dakwaan 90 peratus individu yang disahkan positif COVID-19 pernah mengunjungi pusat beli-belah di Lembah Klang.

Dakwaan yang tular di media sosial itu adalah berita palsu. Sehubungan itu, orang ramai diingatkan supaya berhati-hati sebelum menyebarkan sebarang kandungan diragui kesahihannya dan sentiasa menyemak kesahihan sesuatu berita daripada sumber rasmi atau boleh dipercayai. – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Orang ramai boleh menyalurkan maklumat mengenai sebarang berita diragui kesahihannya kepada Pasukan Respon Pantas (PRP) di talian 03-89115103 atau layari www.sebenarnya,my untuk menyemak kesahihan.