Input your search keywords and press Enter.

Sidang Dewan Rakyat Dipendekkan Hingga 1 Petang

M Update, 3/11/2020 – Waktu sidang Parlimen hari ini akan dipendekkan dari jam 10 pagi hingga 1 tengah hari dan keputusan itu kekal berkuat kuasa hingga Khamis ini.

“Menerusi Usul 12(1), saya memohon mengusulkan supaya sidang Parlimen akan dipendekkan, dari jam 10 pagi hingga 1 tengah, untuk Selasa, Rabu dan Khamis ini,” katanya sebelum sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQT), di sini, hari ini. – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan, ketika mengumumkan perkara itu berkata keputusan sedemikian dibuat mengikut Usul 12(1) Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.