Input your search keywords and press Enter.

KWSP: Kerajaan Sedia Kaji Benarkan Pencarum Keluarkan Akaun 1

M Update, 4/11/2020 – Kerajaan bersetuju dan bersedia mengkaji saranan pengeluaran Akaun 1 Kumpulan Simpanan Wang pekerja (KWSP) bagi membantu rakyat yang berdepan kesusahan dan benar-benar perlu.

Perkara membabitkan KWSP sememangnya isu panas yang dibangkitkan pelbagai pihak dan kumpulan yang meminta kerajaan menimbangkan supaya pencarum KWSP boleh mengeluarkan simpanan daripada Akaun 1. Perkara itu sudah dibincangkan dengan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, beberapa hari lalu. – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Belanjawan 2021 nanti ada bantuan yang kerajaan akan sampaikan. Jika ia dianggap memadai, tidak perlu mengeluarkan simpanan Akaun 1. Kita akan teliti secara halus dan (melihat keadaan) kumpulan tertentu yang dianggap teruk terjejas, contohnya mereka yang dibuang kerja. Kumpulan tersasar ini akan difikirkan… tunggulah pengumuman yang akan dibuat Menteri Kewangan nanti,”. – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Muhyiddin berkata, kerajaan sebelum ini sudah melaksanakan kelonggaran berhubung simpanan dalam KSWP termasuk membenarkan caruman pekerja dikurangkan daripada 11 peratus kepada 7 peratus selain i-Lestari yang membenarkan pengeluaran daripada Akaun Dua sebanyak RM6,000 seorang.

Selepas kelonggaran itu diberikan, hampir 70 peratus daripada ahli KWSP memilih untuk mengurangkan caruman pekerja daripada 11 peratus kepada 7 peratus yang kini menyumbang kepada meningkatkan pendapatan boleh guna (disposable income) membolehkan pencarum berbelanja, membabitkan jumlah hampir RM700 juta sebulan. Lebih daripada 30 peratus daripada ahli KWSP mempunyai simpanan KWSP kurang daripada RM5,000 dan dengan itu sekali gus ia tidak semestinya dapat menangani masalah aliran tunai pencarum terbabit.